Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk terus hidup di dunia ini untuk memperbaiki diri dan menambah bekal ke sana. Sedar tak sedar dah 3 tahun sejak blog ini di update pada kali terakhir.
Rasulullah SAW. bersabda “Apabila Allah menghendaki hamba-Nya menjadi
baik, maka diberinya kefahaman terhadap agama, dibuatnya zuhud terhadap
dunia, dan dibuatnya menyedari keaibannya sendiri.
(Hadis Riwayat Baihaqi dari Anas bin Malik).
Tiga perkara yang diberi oleh Allah akan memberi kebaikan yang banyak kepada seseorang hamba-Nya ialah :
1. Kefahaman agama,
2. Hidupnya zuhud dan
3. Dia nampak keaiban atau kesalahan dirinya.
HURAIANNYA:
1. Kefahaman Agama.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apabila seseorang itu faham agama, mudahlah dia beramal, maka semakin
faham agama semakin banyak pahala yang diperolehi jika diamalkan ilmunya
itu. Faham ilmu dan turutlah kehendak ilmu itu, misalnya jika ilmu
mengatakan sembahyang berjemaah besar pahalanya, maka berusahalah untuk
sembahyang jemaah. Imam-imam mujtahid 4 mazhab semuanya faqih iaitu
diberi kefahaman agama dan mampu mengeluarkan pelbagai hukum feqah dari
Quran dan hadis.
Orang yang berilmu dan faham agama akan mendapat darjah yang mulia di
sisi Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya, " “Hanya sanya orang yang
takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.
(Surah Al-Faatir ayat 28)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang
berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Surah Az-Zumar ayat 9)
Firman Allah S.W.T maksudnya: “Allah memberikan hikmah (ilmu
pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang
diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah diberikan kebaikan yang
banyak”. (Surah Al-Baqarah ayat 269)
2. Hidupnya Zuhud
Zuhud itu bukanlah pakai baju lusuh dan kusut.
Kata Imam Az-Zuhri : Zuhud ialah sabar dari yang haram. Syukur dengan yang halal.
Hakikat Zuhud: Baginya ADA atau TIADA itu adalah SAMA.
Orang yang zuhud, meletakkan DUNIA sekadar tempat laluannya..bukan sepenuhnya di dalam hati..
Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata:
Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai
Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku
dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda bersabda:
"Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan
zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan
mengasihimu." (Hadis riwayat lbnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad
yang baik )
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Zar juga seorang yang zuhud.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Siapa yang bertambah ilmunya
tetapi tidak bertambah zuhudnya, sesungguhnya dia telah bertambah jauh
dari Allah” (Hadis Riwayat Ad-Dailami dari Sayyidina Ali r.a)
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Semakin berilmu,
semakin warak, semakin zuhud, semakin takut kepada Allah SWT dan semakin
banyak beribadat kepada-Nya.
3. Nampak Keaiban Atau Kesalahan Diri Sendiri.
Seorang yang Allah kehendaki menjadi baik nampak kesalahan dirinya.
Tidak seperti kata pepatah, Kuman di seberang laut nampak, gajah di
bibir mata tidak nampak.
Rasulullah SAW bersabda:
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR. Bukhari & Muslim).
Nabi SAW bersabda maksudnya, "Jauhilah perkara-perkara keji yang telah
dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia
menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana
jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami,
kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azza
wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615,
disahihkan dengan syarat Bukhari dan Muslim)
sumber: http://nurisaomar.blogspot.com/2016/10/tiga-tanda-allah-swt-akan-memberi.html
Sumber Ilmu untuk rujukan dan amalan bersama
Friday, June 14, 2019
Thursday, September 1, 2016
Hadis Nabi berkenaan Sedekah
Dari Abu Hurairah, ia
berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang bersedekah
sebesar biji kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan menerima
sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya
mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan
kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah
tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung .” ( HR Bukhari dan Muslim
)
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung .” ( HR Bukhari dan Muslim )
Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” ( HR Muslim dan Tirmidzi )
Dari Ibnu Mas’ud ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Siapakah di antara kamu yang hanya warisannya lebih dicintainya daripada harta sendiri?” Mereka menjawab : Wahai Rasulullah, tidaklah ada seorang di antara kami yang harta warisannya lebih dicintai dari hartanya sendiri. Lalu Nabi s.a.w bersabda “ Maka sesungguhnya yang menjadi harta seseorang adalah apa yang telah di[ersiapkan untuk akhiratnya dan harta warisannya adalah apa yang ia tinggalkan untuk ahli warisnya .” ( HR Bukhari dan Nasa’i )
Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Hendaklah seseorang diantara kamu memelihara dirinya dari api neraka, walaupun dengan memberikan sedekah sebiji kurma .” ( HR Ahmad dengan sanad sahih )
Dari Anas, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemarahan Tuhan dan mencegah kematian yang buruk .” ( HR Thabrani, dia menghasankannya dan disahkan oleh Ibnu Hiban )
Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Sungguh aku akan mengeluarkan sedekah , lalu ia berikan sedekah itu di tangan pencuri, kemudian besok paginya mereka memperkatakan peristiwa tersebut : “ Kamu semalam telah memberi sedekah kepada seorang pencuri . Kemudian Nabi bersabda “ Wahai Tuhan, bagi-Mulah segala puji, kerana orang itu telah memberi sedekah kepada pencuri . Ia berkata : “ Sesungguhnya aku akan mengeluarkan sedekah; lalu ia keluarkan sedekahnya, kemudian ia berikan kepada seorang perempuan penzina. Lalu besok paginya mereka memperkatakan kejadian itu. Katanya : “ Engkau semalam memberikan sedekah kepada seorang perempuan zina .” Baginda bersabda : “ Wahai Tuhanku , bagi-Mulah segala puji, kerana sedekah yang diberikan kepada seorang perempuan pezina. Sungguh aku akan bersedekah dengan suatu sedekah, lalu ia keluarkan sedekah, kemudian ia berikan ke tangan seorang berkecukupan. Lalu mereka memperkatakan kejadian itu : “ Engkau semalam telah memberikan sedekah kepada seseorang yang berkecukupan. Lalu baginda bersabda “ Wahai Tuhanku, bagi-Mulah segala puji, kerana orang itu telah memberikan sedekah kepada seorang pencuri, seorang perempuan pezina dan seorang yang berkecukupan. Lalu dikatakan kepadanya : “ Adapun sedekahmu kepada seorang pencuri, maka mudah-mudahan si pencuri itu akan menghentikan dirinya dari perbuatan mencuri. Adapun sedekahmu kepada seorang perempuan pezina, mudah-mudahan dapat mencegah perempuan itu dari perbuatan zina ; sedangkan sedekahmu kepada orang yang berkecukupan , maka mudah-mudahan orang itu mengambil pelajaran dari kejadian itu, sehingga mahu mengeluarkan derma dari harta yang Allah berikan kepadanya .” ( HR Bukhari Muslim , tetapi lafaz ini ada pada sisi Bukhari ) Dan pada riwayat Muslim disebutkan : “ Adapun sedekahnya itu sesungguhnya telah diterima .”
Dari Anas bin Malik , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Hendaklah kalian bersedekah, kerana sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai penyelamat kalian dari api neraka .” ( HR Baihaqi )
Dari Amr bin Auf, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Sesungguhnya sedekah seorang Muslim itu akan memanjang umurnya; dan mencegah dirinya dari kematian yang buruk; serta Allah jadikan dia sebagai penghapus dosa, kesombongan dan keangkuhan .” ( HR Thabrani ) Keutamaan Sedekah Orang Miskin Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Satu dirham mengalahkan 100.000 dirham.” Lalu seseorang bertanya : Bagaimana hal itu boleh terjadi , wahai Rasulullah?” Sabdanya “ Seseorang mempunyai harta yang banyak sekali, kemudian ia mengambil dari hartanya itu 100.000 dirham untuk disedekahkan . Tetapi ada seseorang yang tidak mempunyai apa-apa , kecuali hanya 2 dirham, lalu yang 1 dirham ia ambil untuk disedekahkan .” ( HR Nasa’i dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim )
Dari Umi Najid , sesungguhnya ia bertanya : Wahai Rasulullah SAW ! Sungguh seorang miskin berdiri di depan pintuku , tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang dapat aku berikan kepadanya. Lalu Nabi bersabda kepadanya : “ Sekiranya engkau tidak mendapatkan sesuatu yang dapat diberikan kepadanya, kecuali sebelah kuku kambing atau lembu , maka berikanlah barang itu kepadanya .” ( HR Tirmidzi, disahkan oleh Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hiban ) Dalam riwayat Ibnu Hiban dikatakan : “ Janganlah engkau menolak orang yang meminta kepadamu , walaupun engkau memberikan kepadanya sebelah kuku lembu atau kambing .”
Sedekah Secara Tertutup Dari Abi Umamah, ia berkata : Rasulullah SAW, bersabda : “ Orang yang melakukan perbuatan makruf, bererti dia menjaga dirinya dari permusuhan yang tidak baik ; sedangkan bersedekah dengan sembunyi-sembunyi , bererti memadamkan kemurkaan Tuhannya ; dan melakukan silaturahim akan memanjang umur .” ( HR Thabrani dengan sanad hasan ) Mengutamakan Sedekah Kepada Keluarga Terdekat Dari Salman bin Amir dari Nabi SAW sabdanya : “ Bersedekah kepada seorang miskin pahalanya satu ; dan kepada orang-orang yang ada hubungan kerabat pahalanya dua , iaitu pahala sedekah dan pahala kekerabatan .” ( HR Nasa’i dan Tirmidzi, disahkan oleh Tirmidzi dan dihasankan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim ) Lafaz yang ada pada sisi Ibnu Khuzaimah menyebutkan : “ Dan pada orang-orang yang punya hubungan dekat, bernilai dua , iaitu sedekah dan hubungan kekerabatan .
Dari Hakim bin Hizam : Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah tentang berbagai sedekah , manakah di antaranya yang paling utama . Sabdanya “ Sedekah yang diberikan kepada seorang kerabat yang membenci dirinya .” ( HR Ahmad dan Thabrani )
Dari Abdullah bin Mas’ud , dari Nabi SAW , baginda bersabda “ Tiap pinjaman adalah sedekah .” ( HR Thabrani dengan sanad hasan dan juga diriwayatkan oleh Baihaqi )
Dari Bahz Ibnu Hakim dari bapanya dari datuknya , ia berkata : Aku berkata : Wahai Rasulullah , siapakah orang yang paling patut aku beri layanan baik ? Sabdanya “ Ibumu , kemudian ibumu , kemudian ibumu , kemudian bapamu , kemudian kerabatmu , lalu kerabatmu yang lebih dekat .” Kemudian Rasulullah SAW bersabda “ Seseorang tiada meminta kepada orang yang berhak membiayainya sesuatu harta yang ada pada dirinya , tetapi ia enggan untuk memberikannya , maka nescaya kelak pada hari kiamat hartanya yang enggan ia berikan kepada orang yang memintanya itu akan menjadi lembu ganas bertanduk .” ( HR Abu Dawud dan lafaz ini ada pada sisi Abu Dawud ) Juga diriwayatkan oleh Nasa’i , Tirmizi dan dihasankan oleh Tirmizi .
Memberi Pinjaman Termasuk Sedekah Dari Abdullah bin Mas’ud , dari Nabi SAW , beliau bersabda “ Tiap pinjaman adalah sedekah .” ( HR Thabrani dengan sanad Hasan dan juga diriwayatkan oleh Baihaqi ) Dari Abdullah bin Mas’ud , ia berkata : Tiada seseorang Muslim yang memberikan pinjaman kepada saudaranya yang muslim sekali melainkan akan dicatat sebagai dua sedekah bagi dirinya .” ( HR Ibnu Majah dan disahkan oleh Ibnu Hiban ) Juga diriwayatkan oleh Baihaqi secara marfuk mahupun mauquf . Meringankan kesulitan Orang Lain Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Barangsiapa meringkankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini , nescaya kelak Allah akan meringkan dirinya di dunia mahupun di akhirat ,” ( HR Muslim ) Juga diriwayatkan oleh Ibnu Hiban dan Thabrani , tetapi pada Thabrani dengan lafaz : Aku bersaksi dengan nama Rasulullah SAW bahawa sesungguhnya aku pernah mendengar baginda bersabda “ Sesungguhnya manusia pertama yang mendapatkan naungan pada hari kiamat dengan naungan Allah ialah seseorang yang memberikan penundaan bagi orang yang berhutang kepadanya tetapi dalam kesulitan untuk mengembalikannya , sehingga orang itu mampu untuk mengembalikannya atau ia mensedekahkan hutangnya itu kepadanya . Ia berkata : Hartaku yang engkau pinjam itu menjadi sedekah , demi mencari keredhaan Allah ; dan kemudian ia bakar catatan hutang orang itu .” Di dalam Syarah Sunan Bahawi, dengan lafaz : “ Barangsiapa membebaskan seseorang yang terbelit oleh hutang , maka kelak pada hari kiamat ia akan berada di bawah naungan ‘Arsy’ .” Dan pada Abdullah bin Ahmad dalam Zaidatul Musnad disebutkan : “ Allah akan menaungi seseorang hamba dengan naungan-Nya pada hari tiada naungan kecuali naungan-Nya , iaitu orang memberikan kelonggaran pembayaran hutang dari orang-orang yang tersepit atau menghapuskannya dari orang-orang yang dibebani oleh hutang .” ( HR Thabrani di dalam Al Kabiir dari As’ad bin Zurarah dan pada kitab Al Ausath , hadith dari Syadad bin Aus )
Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda “ Ada seseorang yang biasa memberikan hutang kepada orang ramai , lalu ia berkata kepada pelayannya ; Apabila engkau menagih kepada orang-orang yang dalam kesulitan, maka hendaklah dia engkau beri penundaan . Mudah-mudahan Allah pun akan menghapuskan rintangan-rintangan kita. Kemudian ia menemui Allah (Wafat) , maka Allah menghapuskan dosa-dosanya .” ( HR Bukhari dan Muslim )
Bersedekah Setiap Hari Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW telah bersabda “ Tiada hari melainkan pasti ada dua malaikat yang turun dari langit . Salah seorangnya berkata : Allahunima A’thi munfiqan khalafan ( Ya Allah berikanlah pengganti kepada orang-orang yang berderma ) Sedangkan yang kedua berkata : Allahumma A’thi mumsikan talafan ( Ya Allah turunkanlah kebinasaan kepada orang-orang yang bakhil ) .” ( HR Bukhari dan Muslim )
Dari Ibnu Mas’ud , dia berkata : Nabi SAW masuk ke rumah Bilal dan di rumahnya terdapat semangkuk kurma . Lalu beliau bertanya : “ Barang apakah ini hai Bilal ?” Aku persiapkan untuk tamu-tamuku . Lalu Nabi bersabda : “ Tidaklah kamu takut kelak , kamu akan mendapatkan azab dari api neraka ? Bedermalah wahai Bilal dan janganlah engkau khuatir menjadi kekurangan dari pemberian Tuhan yang memiliki ‘Arasy’ .” ( HR Al Bazaar dengan sanad hasan ) Juga diriwayatkan oleh Thabrani
Dari Asma binti Abu Bakar , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Janganlah engkau tutup mangkukmu , supaya tiada tertutup rezeki bagi dirimu .” Dan pada riwayat lain disebut : “ Keluarkanlah derma atau bermurah hatilah kamu dan jangan kamu mengungkit-ungkit kerana kelak kamu akan diungkit oleh Allah ; dan janganlah kamu mengungkit-ungkit apa yang telah engkau berikan kepada orang kerana wngkau kelak akan diungkit oleh Allah .”(HR Bukhari & Muslim)
Ibnu Hiban meriwayatkan dari Anas : Sesungguhnya Nabi SAW tidak pernah menyiapkan makanan apa pun untuk persiapan besok pagi .” ( HR Ahmad & Abu Ya’la ) Dari Mas’ud bin Umar , dari Nabi SAW : Sesungguhnya pernah dibawa ke hadapan baginda jenazah seorang lelaki untuk disolatkan lalu Nabi bertanya : “ Berapakah harta peninggalan orang ini ?” Mereka menjawab : Dua dinar atau tiga dinar . Kemudian baginda bersabda : “ Ia telah meninggalkan 2 atau 3 eko kala jengking .” Lalu aku menemui Abdullah bin Qasm , seorang bekas hamba Abu Bakar , lalu ia berkata : Kerana lelaki tersebut dahulunya biasa meminta-minta kepada manusia untuk memperkaya dirinya .” ( HR Baihaqi,diantara perawinya adalah Yahya bin Abdul Hamid Al Hamani )
Dari Abdullah bin Amr : Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah : Manakah amalan Islam yang terbaik ?” Sabdanya : “ Engkau memberi makan kepada orang lain ; dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal mahupun yang tidak engkau kenal .” ( HR Bukhari dan Muslim )
Dari Abdullah bin Amr , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa memberi minum kepada saudaranya , hingga kenyang dan memberi minum kepadanya , hingga ia kenyang , pasti kelak Allah akan menjauhkan dia dari seksaan api neraka sejauh 7 khandak , masing-masing khandak jauhnya 100 tahun perjalanan .” ( HR Thabrani dan Abu Syaikh dan juga riwayat Baihaqi dan disahkan oleh Hakim )
Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Pada hari kiamat kelak Allah akan berseru kepada manusia : “ Wahai Ibnu Adam , Aku dahulu sakit, tetapi engkau tidak menjenguk-Ku.” Lalu manusia berkata : Wahai Tuhanku, bagaimana aku menjenguk-Mu, padahal Engkau adalah Tuhan seru sekalian alam ? . Firman-Nya : “ Tidakkah engkau ketahui bahawa sesungguhnya hamba-Ku, si Fulan telah sakit,tetapi engkau tidak menjenguknya; tidakkah engkau ketahui bahawa sesungguhnya kalau kamu mahu menjenguknya, nescayalah engkau akan menemui Aku di sisinya. Wahai Ibnu Adam, Aku meminta makan kepadamu, tetapi engkau tidak memberi-Ku makan.” Lalu manusia berkata : Wahai Tuhanku, bagaimana aku memberi makan kepada-Mu, padahal Engkau Tuhan seru sekalian alam ? Firman-Nya : “ Tidakkah engkau ketahui sesungguhnya hamba-Ku si Fulan telah meminta makan kepadamu,tetapi engkau tidak mahu memberinya makan; tidakkah engkau ketahui, sesungguhnya kalau kamu mahu memberinya makan, nescaya engkau akan menemui hal itu di sisi-Ku. Wahai Ibnu Adam, Aku telah meminta minum kepadamu, tetapi kamu tidak mahu memberi minum kepada-Ku.” Lalu manusia berkata : Wahai Tuhanku, bagaimana aku memberi minum kepada-Mu, padahal engkau Tuhan seru sekalian alam? Lalu Tuhan berfirman : “ Telah meminta minum kepadamu hamba-Ku, si Fulan, tetapi engkau tidak memberinya minum. Bilamana engkau mahu memberinya minum, nescaya engkau akan mendapati hal itu di sisi-Ku .” (HR Muslim )
Memberi Makan Sesama Mukmin
Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab, katanya Rasulullah pernah ditanya oleh orang, manakah amalan yang paling utama. Sabdanya : “ Iaitu engkau memasukkan rasa gembira kepada seorang mukmin dengan jalan engkau memberinya makan ketika ia dalam keadaan lapar; atau memberinya pakaian ketika ia dalam keadaan telanjang; atau engkau mahu membantu memenuhi keperluannya .” ( HR Thabrani di dalam Kitab Ausath ) Juga diriwayatkan oleh Abu Syaikh di dalam Tasawab hadith dari Ibnu Amr disebutkan dalam riwayat itu “ Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah memasukkan rasa kegembiraan pada waktu seorang muslim atau menyingkirkan kesusahan dari dirinya atau mengusir rasa lapar dari dirinya atau engkau turut membantu melunasi hutangnya .”
Memberi Minum Haiwan
Dari Abu Hurairah , ia berkata : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “ Ketika seseorang lelaki berjalan di tengah jalan terik matahari sangat panasnya . Kemudian ia mendapati sebuah telaga, lalu ia turun, kemudian ia minum dari air itu, lalu ia keluar. Tiba-tiba seekor anjing terengah-engah dan menjilat pasir kerana kehausan. Lalu orang itu berkata dalam dirinya : Sesungguhnya anjing ini telah mengalami kehausan seperti kehausan yang telah menimpa diriku. Lalu ia turun ke telaga, kemudian memenuhi kasutnya dengan air, lalu ia gigit kasut itu dengan mulutnya sampai ia naik ke atas kemudian ia memberi minum kepada anjing itu, maka bersyukurlah Allah kepadanya dan mengampuni segala dosanya.” Lalu para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, apakah dalam mengurus binatang-binatang kami mendapatkan pahala? Sabdanya : “ Pada setiap makhluk yang berdenyut jantungnya ada pahala .” ( HR Bukhari Muslim) Dan dalam riwayat Ibnu Hiban dikatakan : “ Allah bersyukur kepadanya dan memasukkannya ke dalam syurga .”
Bersedekah Atas Nama Ibu Bapa Yang Meninggal
Dari Anas : Sesungguhnya Sa’id Ubadah dating kepada Nabi SAW, lalu ia berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal, tetapi beliau tidak memberiku wasiat. Apakah bermanfaat bagi dirinya kalau aku mengeluarkan sedekah atas namanya? Nabi bersabda : “ Ya. Dan hendaklah engkau memberikan sedekah dengan air .” ( HR Thabrani dalam Al Ausath dan para riwayat dipercayaai ) Diriwayatkan pula oleh Abu Dawud dari Sa’id bin Ubadah sendiri : Ia berkata : Wahai Rasulullah , ibuku telah meninggal, maka sedekah apakah yang lebih baik? Sabdanya : “ Air.” Lalu dia menggali sebuah telaga dan katanya : “ Telaga ini adalah untuk Ibu Sa’id .” ( HR Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hiban )
Berterima Kasih Kepada Pemberi Sedekah Dari Usamah bin Zaid , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Barangsiapa diberi layanan baik, maka hendaklah ia berkata kepada pelakunya : Jazza kallahu khaira ( Mudah-mudahan Allah memberi balasan kebaikan kepadamu ) Jika ia mengatakan demikian, maka sesungguhnya dia telah memberikan pujian dengan sebaik-baiknya . Dan dalam satu riwayat dikatakan : “ Barangsiapa diberikan kebaikan atau mendapat perlakuan kebaikan dan sejenisnya .” ( HR Tirmidzi,ia mengatakan hadith ini hasan garib )
Dan diriwayatkan oleh Thabrani dalam Kitab Ash Shaghir secara ringkas, dikatakan : “ Apabila seseorang mengatakan : Jazza kallahu khaira ( Mudah-mudahan Allah memberikan balasan kebaikan kepadamu ), maka sesungguhnya ia telah memberikan pujian yang sangat besar .”
Dari Asy’ats bin Qays, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya orang yang paling bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling dapat menerima kasih kepada sesame manusia.” Dalam satu riwayat dikatakan : “ Tidaklah bersyukur kepada Allah orang yang tidak dapat berterima kasih kepada sesame manusia .” ( HR Ahmad dan rawi-rawinya adalah orang yang dipercayai )
sumber: http://waksab.blogspot.my/2011/05/hadis-nabi-berkenaan-sedekah.html
Dari Abu Hurairah, ia
berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang bersedekah
sebesar biji kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan menerima
sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya
mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan
kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah
tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung .” ( HR Bukhari dan Muslim
)
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Sunday, July 24, 2016
Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Ikhlas
Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Ikhlas
A. Pengenalan Dan Ringkasan Pada Surah Al-Ikhlas
SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد)
(Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan
Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan
dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT.
.
Surah Al-Ikhlaṣ terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan.
Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak
terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu
sendiri.
.
Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung.
Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal
yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali
mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).
.
B. Sebab Diturunkan
Terdapat di dalam beberapa riwayat yang
dibawakan oleh ahli tafsir bahawa asal mula surah ini diturunkan adalah
kerana pernah orang musyrikin meminta kepada Rasulullah SAW: صف لنا ربك – ‘Shif lanaa rabbaka’ (Cuba jelaskan kepada kami apa macamnya Tuhanmu itu, emaskah dia atau tembaga atau loyangkah?).
.
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Termidzi daripada Ubay bin Ka’ab, memang ada orang musyrikin meminta kepada Nabi SAW supaya dihuraikannya nasab (keturunan atau sejarah) Tuhannya itu. Maka datanglah surah yang tegas ini tentang Tuhan.
.
Abu Su’ud berkata dalam tafsirnya: “Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan ayat 2) dengan kejelasan bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan. Di ayat pertama ditegaskan KeesaanNya, untuk menjelaskan bersihNya
Allah daripada berbilang dan bersusun, dan dengan menjelaskan bahawa
Dialah pergantungan segala makhluk, jelaslah bahawa padaNya terkumpul
segala sifat Kesempurnaan Dia tempat bergantung, tempat
berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia
tetap ada dan kekal dalam kesempurnaanNya, tidak pernah berkurang.
Dengan penegasan ‘Tidak beranak’, ditolaklah
kepercayaan setengah manusia bahawa malaikat itu adalah anak Allah atau
Isa Al-Masih adalah anak Allah. Tegasnya daripada Allah itu tidak ada
timbul apa yang dinamai anak, kerana tidak ada sesuatu pun yang
mendekati jenis Allah itu, untuk jadi jodoh dan ‘teman hidupnya’, yang
daripada pergaulan berdua timbullah anak.”
D. Fadhilat Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan dan khasiat surah al-Ikhlas antara lain :
.
1. Mengusir Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan
apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan
syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita,
mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskinan.
.
* Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada
akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada
salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam
malaikat itu.
.
.
2. Sebahagian Al-Quran
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada
Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas
berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada
Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka
bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
.
Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW; “Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.” (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)
,
Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.
.
.
3. Khatam Al-Quran
Orang yang membaca surah Al-Ikhlas
satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga
Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran
seperti membaca satu Al-Quran.
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.” (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)
.
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada
seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu
cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga
kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas
sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa
membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala
seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
.
.
4. Pahala membacanya
Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa
membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan
kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya,
Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya
dari pahala seperti pahala syuhada.”
.
Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika
saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di
atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas
dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib).
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala
dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”
Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”
Sambung Rasulullah SAW lagi : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”
.
.
5. Penebus Diri
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”
.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia
telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan
diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”
.
.
6. Diampuni Dosanya Oleh Allah SWT
Orang yang membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50 tahun.
Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama
ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh),
perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”
.
“Sesiapa
membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat
memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”
.
.
7. Selamat Di Alam Barzakh
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa
membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa
membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan sebanyak 11 kali,
kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescahaya diberikan
kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”
.
.
8. Balasan Syurga
Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “Saya sedang berjalan dengan Rasulullah SAW lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).”
.
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.” (HR.Ahmad dan Muadz bin Anas).
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)
.
Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau
bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua
ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya
bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke2 si
ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si
ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?”
Jawab si anak: “Hari
ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas
3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya
berada di dalam syurga sekarang.”
.
Subhanallah, hanya sekadar surah yang
begini pendek, dapat memberikan kegembiraan kepada si mati tadi. Maka
eloklah kita sama2 amalkan supaya kita juga dipilih oleh Allah dalam apa
jua perkara yang kita lakukan.
.
Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa
yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak
akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan
sungguh-sungguh.”
.
.
9. Dipelihara Keselamatan
Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang
membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka
dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”
Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’
sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan
selamat dari marabahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas setiap
satu sebanyak 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari
perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.”
E. Khasiat Surah Al-Ikhlas
Hadis-hadis di atas menunjukkan betapa agungnya Surah Al-Ikhlas, kerana di dalam Surah Al-Ikhlas ini sepenuhnya menegaskan ‘Kemurnian’ atas ‘Keesaan’ Allah SWT.
Adapun khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya banyak sekali, di antaranya:
.
1. Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali
selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati,
Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
.
2. Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X
selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada
Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
.
3. Menghindari Kesukaran
a. Jika dibaca 3 surah ini – Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
b. Bacalah Surah
Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari.
Allah selamatkan dari segala kejahatan.
.
4. Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
InsyaAllah berhasil.
.
5. Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain
a. Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.
b. Bacalah lafal ‘YA SHAMAD’
40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita
selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
.
6. Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus,
terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari
keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah
Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah
rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya,
sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.
.
7. Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana.
Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada
waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah
semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.
.
8. Beroleh Kebaikan Dunia dan Akhirat
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai
solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas
yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.
.
9. Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa Kubur.
Bacalah Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.
Bacalah Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.
.
10. Pelbagai Guna
Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu… InsyaAllah banyak manfaatnya, antaranya adalah :
– sebagai benteng/pagar diri
– sebagai suplemen/vitamin lahir/batin (sehat jiwa raga jauh dari penyakit apapun)
– anti sihir/santau
– mahabbah
– murah rezeki
– perubatan
– membuka hijab
– perlindungan dari zina
– bersih dan sucikan hati kita.
– sebagai suplemen/vitamin lahir/batin (sehat jiwa raga jauh dari penyakit apapun)
– anti sihir/santau
– mahabbah
– murah rezeki
– perubatan
– membuka hijab
– perlindungan dari zina
– bersih dan sucikan hati kita.
.
.
Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas
ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan
hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal
afiat dan terhindar dari sebarang gangguan. Hadiah yang begitu banyak
dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan
membaca surah Al-Ikhlas secara istiqamah.
.
Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya
memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT
bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas
adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah
SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini
secara konsisten.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
sumber: https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/12/22/fadhilat-dan-khasiat-surah-al-ikhlas/
Sunday, June 26, 2016
Rahasia Bagaimana Nak Tahu Bila Malam Lailatul Qadar?
Bilakah waktunya?
Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.
Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.
Nak buat apa pada malam itu?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.
Nak minta apa jika bertemu malam itu?
Siti Aisyah r.a. juga bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatulqadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang tarawikh.
Tanda Malam Lailatul Qadar
Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:
http://itsakmalhakim.blogspot.my/2010/09/rahasia-bagaimana-nak-tahu-bila-malam.html
Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.
- “Aku keluar untuk
mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua
orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak
diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29,
27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan
lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))
- Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.
- Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
- [1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
- [2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
- [3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
- [4] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
- [5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.
Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadahan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.
Nak buat apa pada malam itu?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.
Nak minta apa jika bertemu malam itu?
Siti Aisyah r.a. juga bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatulqadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang tarawikh.
- Telah
diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya
Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui
terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,
- “Ucapkanlah,
Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta
ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu
Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)
Tanda Malam Lailatul Qadar
Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu:
- malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
- siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
- pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba
http://itsakmalhakim.blogspot.my/2010/09/rahasia-bagaimana-nak-tahu-bila-malam.html
Thursday, March 3, 2016
Asma'ulhusna
Asmaul Husna
Asmaul Husna adalah nama-nama yang baik milik Allah SWT. Secara harfiyah, pengertian Asmaul Husna adalah "nama-nama yang baik". Asmaul Husna merujuk kepada nama-nama, gelar, sebutan, sekaligus sifat-sifat Allah SWT yang indah lagi baik.
Istilah Asmaul Husna juga dikemukakan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
"Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Dia mempunyai asmaa'ul husna (nama-nama yang baik)" (Q.S. Thaha:8).
Umat Islam dianjurkan berdoa kepada Allah sambil menyebut Asmaul Husna. Misalnya, saat seorang Muslim memohon ampunan-Nya, maka ia berdoa mohon ampun sambil menyebut "Al-Ghoffaar" (Yang Maha Pengampun) dan seterusnya.
"Katakanlah (olehmu Muhammad): Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaa'ul husna (nama-nama yang terbaik)..." (Q.S Al-Israa': 110)
"Allah memiliki Asmaul Husna, maka memohonlah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama yang baik itu..." (QS. Al-A'raaf : 180).
Jumlah Asmaul Husna adalah 99 nama, sebagaimana disebutkan dalam hadits
yang diriwayatkan Tirmidzi, diperkuat dengan hadits riwayat Bukhari.
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad Saw bersabda: "Sesungguhnya Allah Swt mempunyai 99 nama, yaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam surga" (HR. Bukhari).
Daftar dan Makna Asmaul Husna
Ke-99 Asmaul Husna atau Nama-Nama yang Baik itu adalah sebagai berikut:
Fadhilat Zikir Asmaul Husna:
(dipetik dari buku "Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran" susunan Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi)
1. Ya Allah: Yang Mengeluarkan Sekalian Makhluk dari Tiada Menjadi Ada.
13. Ya Baarii: Yang Menerbitkan Makhluk.
46. Ya Waasi: Maha Luas Kepunyaan-Nya.
47. Ya Hakiim: Yang Maha Bijaksana
48. Ya Waduud: Maha Mencintai Orang-orang yang Beriman
49. Ya Majiid: Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.
50. Ya Baa’its: Maha Membangkitkan Makhluk-Nya di Hari Kemudian.
51. Ya Syahiid: Maha Menyaksikan.
52. Ya Haq: Maha Besar.
53. Ya Wakiil: Maha Melaksanakan Urusan Makhluk-Nya.
54. Ya Qawiy: Yang Maha Kuat.
55. Ya Matiin: Maha Sempurna Kekuatan-Nya.
56. Ya Waliy: Maha Melindungi
Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57. Ya Hamiid: Yang Terpuji.
58. Ya Muhshiy: Yang Memperhitungkan Setiap Amal Makhluk-Nya, dan Membalasnya.
59. Ya Mubdiu: Yang Menzahirkan Makhluk-Nya.
60. Ya Mu’id: Yang Mengembalikan.
61. Ya Muhyiy: Yang Menghidupkan.
62. Ya Mumiit: Yang Mematikan.
63. Ya Hayyu: Yang Hidup.
64. Ya Qayyuum: Yang Berdiri Sendiri.
65. Ya Waajid: Zat yang Menemukan Apa yang Dia kehendaki.
66. Ya Maajid: Maha Agung dan Mulia.
67. Ya Waahid: Mendapat Apa yang Dikehendaki-Nya.
68. Ya Somad: Tempat Bergantung bagi Semua Makhluk-Nya.
69. Ya Qaadir: Maha Kuasa atas Segala Sesuatu.
71. Ya Muqaddim: Zat yang Mendahulukan.
72. Ya Muahkhir: Zat yang mengakhirkan.
73. Ya Awwal: Yang Terdahulu Dengan Tiada Permulaan.
74. Ya Aakhir: Yang Kemudian dan Tiada Berkesudahan.
75. Ya Dhaahir: Maha Nyata.
76. Ya Baathinu: Zat yang Maha Ghaib.
77. Ya Waaliy: Maha Menguasai dan Mengurus Semua Urusan Makhluk-Nya.
78. Ya Muta’aAliy: Yang Maha Tinggi.
79. Ya Bar: Yang Maha Berbuat Baik.
80. Ya Tawwaab: Maha Menerima Taubat.
81. Ya Muntaqim: Zat yang Berhak Membalas Setiap Perbuatan Dosa dengan Azab-Nya.
82. Ya ‘Afuww: Yang Memberi Maaf.
83. Ya Rauuf: Maha Mengasihi
Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.
84. Ya Maalikul Mulki: Zat yang Mempunyai Kekuasaan.
85. Ya Zul Jalaali wal Ikraam: Zat yang Mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.
86. Ya Muqsith: Yang sangat Adil.
87. Ya Jaami: Yang Mengumpulkan.
88. Ya Ghaniy: Yang Maha Kaya.
89. Ya Mughniy: Zat yang Memberi Kekayaan.
90. Ya Maani’: Yang Menolak Bahaya dan lain-lain.
91. Ya Dhaarr: Yang Menyampaikan Mudharat.
92. Ya Naafi’: Yang Memberi Manfaat.
93. Ya Nuur: Yang Menerangi.
94. Ya Haadiy: Maha Pemberi Petunjuk
Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. Ya Baadii: Yang Menciptakan yang Belum Wujud Sebelumnya.
96. Ya Baaqy: Maha Kekal.
97. Ya Waarits: Yang Kembali Kepada-Nya Sekali Makhluk.
98. Ya Rasyiid: Yang Memberi Petunjuk.
99. Ya Shabuur: Sangat Sabar.
http://sharezone-premium.blogspot.com/2014/09/99-nama-allah-asmaul-husna-berserta.html
http://ibuberbicara.blogspot.my/2013/03/fadhilat-dan-kelebihan-asmaul-husna.html
http://www.minyakzaitunasli.com/2015/06/hadis-tentang-minyak-zaitun-dan.html
http://makanan-assunnah.blogspot.my/2013/07/minyak-zaitun-menurut-al-quran-hadis.html
Asmaul Husna adalah nama-nama yang baik milik Allah SWT. Secara harfiyah, pengertian Asmaul Husna adalah "nama-nama yang baik". Asmaul Husna merujuk kepada nama-nama, gelar, sebutan, sekaligus sifat-sifat Allah SWT yang indah lagi baik.
Istilah Asmaul Husna juga dikemukakan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
"Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Dia mempunyai asmaa'ul husna (nama-nama yang baik)" (Q.S. Thaha:8).
Umat Islam dianjurkan berdoa kepada Allah sambil menyebut Asmaul Husna. Misalnya, saat seorang Muslim memohon ampunan-Nya, maka ia berdoa mohon ampun sambil menyebut "Al-Ghoffaar" (Yang Maha Pengampun) dan seterusnya.
"Katakanlah (olehmu Muhammad): Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaa'ul husna (nama-nama yang terbaik)..." (Q.S Al-Israa': 110)
"Allah memiliki Asmaul Husna, maka memohonlah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama yang baik itu..." (QS. Al-A'raaf : 180).
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad Saw bersabda: "Sesungguhnya Allah Swt mempunyai 99 nama, yaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam surga" (HR. Bukhari).
Daftar dan Makna Asmaul Husna
Ke-99 Asmaul Husna atau Nama-Nama yang Baik itu adalah sebagai berikut:
No. | Nama | Arab | Indonesia |
---|---|---|---|
Allah | الله | Allah | |
1 | Ar Rahman | الرحمن | Yang Maha Pengasih |
2 | Ar Rahiim | الرحيم | Yang Maha Penyayang |
3 | Al Malik | الملك | Yang Maha Merajai/Memerintah |
4 | Al Quddus | القدوس | Yang Maha Suci |
5 | As Salaam | السلام | Yang Maha Memberi Kesejahteraan |
6 | Al Mu`min | المؤمن | Yang Maha Memberi Keamanan |
7 | Al Muhaimin | المهيمن | Yang Maha Pemelihara |
8 | Al `Aziiz | العزيز | Yang Maha Perkasa |
9 | Al Jabbar | الجبار | Yang Memiliki Mutlak Kegagahan |
10 | Al Mutakabbir | المتكبر | Yang Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran |
11 | Al Khaliq | الخالق | Yang Maha Pencipta |
12 | Al Baari` | البارئ | Yang Maha Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan) |
13 | Al Mushawwir | المصور | Yang Maha Membentuk Rupa (makhluk-Nya) |
14 | Al Ghaffaar | الغفار | Yang Maha Pengampun |
15 | Al Qahhaar | القهار | Yang Maha Memaksa |
16 | Al Wahhaab | الوهاب | Yang Maha Pemberi Karunia |
17 | Ar Razzaaq | الرزاق | Yang Maha Pemberi Rezeki |
18 | Al Fattaah | الفتاح | Yang Maha Pembuka Rahmat |
19 | Al `Aliim | العليم | Yang Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu) |
20 | Al Qaabidh | القابض | Yang Maha Menyempitkan (makhluk-Nya) |
21 | Al Baasith | الباسط | Yang Maha Melapangkan (makhluk-Nya) |
22 | Al Khaafidh | الخافض | Yang Maha Merendahkan (makhluk-Nya) |
23 | Ar Raafi` | الرافع | Yang Maha Meninggikan (makhluk-Nya) |
24 | Al Mu`izz | المعز | Yang Maha Memuliakan (makhluk-Nya) |
25 | Al Mudzil | المذل | Yang Maha Menghinakan (makhluk-Nya) |
26 | Al Samii` | السميع | Yang Maha Mendengar |
27 | Al Bashiir | البصير | Yang Maha Melihat |
28 | Al Hakam | الحكم | Yang Maha Menetapkan |
29 | Al `Adl | العدل | Yang Maha Adil |
30 | Al Lathiif | اللطيف | Yang Maha Lembut |
31 | Al Khabiir | الخبير | Yang Maha Mengenal |
32 | Al Haliim | الحليم | Yang Maha Penyantun |
33 | Al `Azhiim | العظيم | Yang Maha Agung |
34 | Al Ghafuur | الغفور | Yang Maha Pengampun |
35 | As Syakuur | الشكور | Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai) |
36 | Al `Aliy | العلى | Yang Maha Tinggi |
37 | Al Kabiir | الكبير | Yang Maha Besar |
38 | Al Hafizh | الحفيظ | Yang Maha Memelihara |
39 | Al Muqiit | المقيت | Yang Maha Pemberi Kecukupan |
40 | Al Hasiib | الحسيب | Yang Maha Membuat Perhitungan |
41 | Al Jaliil | الجليل | Yang Maha Mulia |
42 | Al Kariim | الكريم | Yang Maha Mulia |
43 | Ar Raqiib | الرقيب | Yang Maha Mengawasi |
44 | Al Mujiib | المجيب | Yang Maha Mengabulkan |
45 | Al Waasi` | الواسع | Yang Maha Luas |
46 | Al Hakiim | الحكيم | Yang Maha Maka Bijaksana |
47 | Al Waduud | الودود | Yang Maha Mengasihi |
48 | Al Majiid | المجيد | Yang Maha Mulia |
49 | Al Baa`its | الباعث | Yang Maha Membangkitkan |
50 | As Syahiid | الشهيد | Yang Maha Menyaksikan |
51 | Al Haqq | الحق | Yang Maha Benar |
52 | Al Wakiil | الوكيل | Yang Maha Memelihara |
53 | Al Qawiyyu | القوى | Yang Maha Kuat |
54 | Al Matiin | المتين | Yang Maha Kokoh |
55 | Al Waliyy | الولى | Yang Maha Melindungi |
56 | Al Hamiid | الحميد | Yang Maha Terpuji |
57 | Al Muhshii | المحصى | Yang Maha Mengkalkulasi |
58 | Al Mubdi` | المبدئ | Yang Maha Memulai |
59 | Al Mu`iid | المعيد | Yang Maha Mengembalikan Kehidupan |
60 | Al Muhyii | المحيى | Yang Maha Menghidupkan |
61 | Al Mumiitu | المميت | Yang Maha Mematikan |
62 | Al Hayyu | الحي | Yang Maha Hidup |
63 | Al Qayyuum | القيوم | Yang Maha Mandiri |
64 | Al Waajid | الواجد | Yang Maha Penemu |
65 | Al Maajid | الماجد | Yang Maha Mulia |
66 | Al Wahiid | الواحد | Yang Maha Tunggal |
67 | Al Ahad | الاحد | Yang Maha Esa |
68 | As Shamad | الصمد | Yang Maha Dibutuhkan, Tempat Meminta |
69 | Al Qaadir | القادر | Yang Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan |
70 | Al Muqtadir | المقتدر | Yang Maha Berkuasa |
71 | Al Muqaddim | المقدم | Yang Maha Mendahulukan |
72 | Al Mu`akkhir | المؤخر | Yang Maha Mengakhirkan |
73 | Al Awwal | الأول | Yang Maha Awal |
74 | Al Aakhir | الأخر | Yang Maha Akhir |
75 | Az Zhaahir | الظاهر | Yang Maha Nyata |
76 | Al Baathin | الباطن | Yang Maha Ghaib |
77 | Al Waali | الوالي | Yang Maha Memerintah |
78 | Al Muta`aalii | المتعالي | Yang Maha Tinggi |
79 | Al Barri | البر | Yang Maha Penderma |
80 | At Tawwaab | التواب | Yang Maha Penerima Tobat |
81 | Al Muntaqim | المنتقم | Yang Maha Pemberi Balasan |
82 | Al Afuww | العفو | Yang Maha Pemaaf |
83 | Ar Ra`uuf | الرؤوف | Yang Maha Pengasuh |
84 | Malikul Mulk | مالك الملك | Yang Maha Penguasa Kerajaan (Semesta) |
85 | Dzul Jalaali Wal Ikraam | ذو الجلال و الإكرام | Yang Maha Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan |
86 | Al Muqsith | المقسط | Yang Maha Pemberi Keadilan |
87 | Al Jamii` | الجامع | Yang Maha Mengumpulkan |
88 | Al Ghaniyy | الغنى | Yang Maha Kaya |
89 | Al Mughnii | المغنى | Yang Maha Pemberi Kekayaan |
90 | Al Maani | المانع | Yang Maha Mencegah |
91 | Ad Dhaar | الضار | Yang Maha Penimpa Kemudharatan |
92 | An Nafii` | النافع | Yang Maha Memberi Manfaat |
93 | An Nuur | النور | Yang Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya) |
94 | Al Haadii | الهادئ | Yang Maha Pemberi Petunjuk |
95 | Al Baadii | البديع | Yang Indah Tidak Mempunyai Banding |
96 | Al Baaqii | الباقي | Yang Maha Kekal |
97 | Al Waarits | الوارث | Yang Maha Pewaris |
98 | Ar Rasyiid | الرشيد | Yang Maha Pandai |
99 | As Shabuur | الصبور | Yang Maha Sabar |
Fadhilat Zikir Asmaul Husna:
(dipetik dari buku "Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran" susunan Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi)
1. Ya Allah: Yang Mengeluarkan Sekalian Makhluk dari Tiada Menjadi Ada.
Apabila dizikirkan 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat
tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar untuk mencapai segala yang dihajati.
2. Ya Rahman: Kasih Sayang kepada Hamba-Nya di Dunia.
2. Ya Rahman: Kasih Sayang kepada Hamba-Nya di Dunia.
Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 kali, maka hati kita
akan menjadi terang, tenang dan sifat-sifat pelupa dan gugup akan
hilang dengan izin Allah.
3. Ya Rahim: Yang Kasih Sayang kepada Orang-orang Mukmin pada Hari Akhir
3. Ya Rahim: Yang Kasih Sayang kepada Orang-orang Mukmin pada Hari Akhir
Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap hari, InsyaAllah kita akan
mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta
dan kasih serta sayang terhadap kita.
4. Ya Malik: Yang Mempunyai Kerajaan
4. Ya Malik: Yang Mempunyai Kerajaan
Apabila dizikirkan sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah
tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari
akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.
5. Ya Quddus: Yang Maha Suci
5. Ya Quddus: Yang Maha Suci
Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap pagi atau setelah tergelincir
matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti
sombong, iri hari, dengki dan lain-lain.
6. Ya Salam: Sejahtera daripada Kekurangan
6. Ya Salam: Sejahtera daripada Kekurangan
Apabila dizikirkan sebanyak 136 kali, InsyaAllah jasmani dan rohani kita
akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat
dan sejahtera.
7. Ya Mukmin: Yang Mengimamkan Hamba-Nya
7. Ya Mukmin: Yang Mengimamkan Hamba-Nya
Apabila dizikirkan sebanyak 236 kali, InsyaAllah diri kita, keluarga dan
segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara dan aman dari segala
macam gangguan yang merosakkan.
8. Ya Muhaimin: Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.
8. Ya Muhaimin: Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.
Apabila dizikirkan sebanyak 145 kali sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah
fikiran dan hati kita akan menjadi terang dan bersih.
9. Ya ‘Aziz: Yang Menyalahkan.
9. Ya ‘Aziz: Yang Menyalahkan.
Apabila dizikirkan sebanyak 40 kali sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita
akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10. Ya Jabbar: Yang Sangat Gagah.
10. Ya Jabbar: Yang Sangat Gagah.
apabila dizikirkan sebanyak 226 kali pagi dan petang, semua musuh akan menjadi tunduk dan patuh dengan izin Allah.
11. Ya Mutakabbir: Yang Maha Besar.
11. Ya Mutakabbir: Yang Maha Besar.
Apabila dizikirkan sebanyak 662 kali, maka dengan kebijaksanaan bertindak,
kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi
pembantu yg setia.
12. Ya Khaliq: Yang Menciptakan Makhluk-Nya
12. Ya Khaliq: Yang Menciptakan Makhluk-Nya
Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731 kali, InsyaAllah yang ingin otak
cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan
otak kita cerdas dan cepat faham.
13. Ya Baarii: Yang Menerbitkan Makhluk.
Sekiranya kita berada dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca
sebanyak 100 kali selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan
terlepas dari kesukaran dan sembuh dari penyakit tersebut.
14. Ya Musawwir: Yang Merupakan Makhluk.
14. Ya Musawwir: Yang Merupakan Makhluk.
Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka
cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga
Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan dibacakan
“Ya Musawwir” sebanyak 21 kali, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka
puasa. Bagi si suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi
hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak
berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 kali, InsyaAllah akan dikurniakan
anak yang soleh.
15. Ya Ghaffaar: Sangat Mengampuni.
15. Ya Ghaffaar: Sangat Mengampuni.
Sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir
ini sebanyak 100 kali sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16. Ya Qahhaar: Yang Sangat Keras.
16. Ya Qahhaar: Yang Sangat Keras.
Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 kali, maka hati kita akan
dijaga dari ketamakan dan kemewahan dunia, InsyaAllah orang yang selalu memusuhi kita akan sedar dan tunduk akhirnya.
17. Ya Wahhaab: Yang Sangat Memberi.
17. Ya Wahhaab: Yang Sangat Memberi.
Dizikir sebanyak 100 kali sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu
didalam kesempitan, InsyaAllah segala kesulitan atau kesempitan dalam
soal apa pun akan hilang.
18. Ya Razzaq: Yang Sangat Memberi Rezeki.
18. Ya Razzaq: Yang Sangat Memberi Rezeki.
Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya
solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal dan
membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga tetapi perlulah
dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. Ya Fattah: Yang Membuka Khazanah Rahmat.
19. Ya Fattah: Yang Membuka Khazanah Rahmat.
Dizikir sebanyak 71 kali sesudah selesai solat subuh, InsyaAllah
hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat
agama.
20. Ya ‘Aalim: Mengetahui.
20. Ya ‘Aalim: Mengetahui.
Dizikir sebanyak 100 kali setiap kali selesai solat Maktubah, InsyaAllah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. Ya Qaabidhu: Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi Seseorang yang Disempitkan.
21. Ya Qaabidhu: Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi Seseorang yang Disempitkan.
dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah dan terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. Ya Baasithu: Maha Melapangkan.
22. Ya Baasithu: Maha Melapangkan.
Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha
dan berniaga itu dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari,
InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23. Ya Khaa’fidh: Yang Menurunkan.
23. Ya Khaa’fidh: Yang Menurunkan.
Dizikirkan sebanyak 500 kali setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk dan
tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila
mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. Ya Raafi: Maha Mengangkat.
24. Ya Raafi: Maha Mengangkat.
Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 kali, InsyaAllah
harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain
akan selamat dan terhindar dari kecurian.
25. Ya Mu’izz: Maha Menang dan Memberi kepada yang Dikehendaki-Nya.
25. Ya Mu’izz: Maha Menang dan Memberi kepada yang Dikehendaki-Nya.
Dizikirkan sebanyak 140 kali setiap hari, Insya Allah akan memperolehi
kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. Ya Muzill: Yang Merendahkan atau Menghinakan.
26. Ya Muzill: Yang Merendahkan atau Menghinakan.
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang
kepada kita dan sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan
sedar dan membayar hutangnya kembali.
27. Ya Samii: Maha Mendengar.
27. Ya Samii: Maha Mendengar.
Sekiranya inginkan doa kita makbul dan pendengaran telinga kita tajam,
biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi
sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28. Ya Bashiir: Maha Melihat.
28. Ya Bashiir: Maha Melihat.
Dizikirkan sebanyak 100 kali sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan
menjadikan kita terang hati, cerdas otak dan selalu diberikan taufik
dan hidayah daripada Allah.
29. Ya Hakam: Yang Menetapkan Hukum-hukum Makhluk-Nya.
29. Ya Hakam: Yang Menetapkan Hukum-hukum Makhluk-Nya.
Dizikirkan sebanyak 68 kali pada tengah malam dalam keadaan suci,
InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu
agama dan membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. Ya Adllu: Yang Maha Adil.
30. Ya Adllu: Yang Maha Adil.
Dizikirkan sebanyak 104 kali setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. Ya Lathiif: Yang Maha Halus.
31. Ya Lathiif: Yang Maha Halus.
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi
para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi
laris dan maju.
32. Ya Khabiir: Yang Maha Mengetahui atau Waspada.
32. Ya Khabiir: Yang Maha Mengetahui atau Waspada.
Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang
teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain
faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah
sekian lama.
33. Ya Haliim: Maha Penyayang dan Penyabar.
33. Ya Haliim: Maha Penyayang dan Penyabar.
Dizikirkan sebanyak 88 kali selepas solat lima waktu, bagi mereka yang
mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja,
InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau
diungkit-ungkit atau tergugat.
34. Ya ‘Aziim: Maha Agung.
34. Ya ‘Aziim: Maha Agung.
Dizikirkan sebanyak 12 kali setiap hari untuk orang yang sekian lama
menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12kali
kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka
dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan dan
sebagainya.
35. Ya Ghafuur: Maha Pengampun.
35. Ya Ghafuur: Maha Pengampun.
Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan
mengakui dosa-dosa dan beriktikad untuk tidak mengulanginya,
InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36. Ya Syakuur: Yang Sangat Syukur.
36. Ya Syakuur: Yang Sangat Syukur.
Dizikirkan sebanyak 40 kali sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima
kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.
Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting dan terdesak.
37. Ya ‘Aliy: Yang Maha Tinggi Martabatnya.
37. Ya ‘Aliy: Yang Maha Tinggi Martabatnya.
Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini
sebanyak 110 kali (dalam bahasa Arab) lalu
direndam pada air yang dingin dan diberikan si anak meminumnya,
InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang dan
tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38. Ya Kabiir: Yang Maha Besar.
38. Ya Kabiir: Yang Maha Besar.
Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara
sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 kali selama 7 hari
berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah.
Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39. Ya Hafiiz: Yang Maha Memelihara.
39. Ya Hafiiz: Yang Maha Memelihara.
Dizikir sebanyak 99 kali, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari
gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. Ya Muqiit: Yang Menjadikan Makanan.
40. Ya Muqiit: Yang Menjadikan Makanan.
Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam
hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan
makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi
kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. Ya Hasiib: Yang Menghisab atau Menghitung.
41. Ya Hasiib: Yang Menghisab atau Menghitung.
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini
sebanyak 777 kali sebelum matahari terbit dan selepas solat Maghrib,
InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. Ya Jaliil: Yang Maha Agung dan Mulia.
42. Ya Jaliil: Yang Maha Agung dan Mulia.
Barang siapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir,
InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan -
perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat dan begitulah
seterusnya dengan izin Allah.
43. Ya Kariim: Mulia atau Yang Maha Pemurah.
43. Ya Kariim: Mulia atau Yang Maha Pemurah.
Untuk mencapai darjat yang tinggi dan mulia di dunia mahupun di
akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 kali ketika hendak
masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang
mengamalkan zikir ini.
44. Ya Raqiib: Yang Maha Mengamati/Mengintai
44. Ya Raqiib: Yang Maha Mengamati/Mengintai
Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang
dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 kali setiap hari dengan niat agar
barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh dan
sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya.
Bertawakkal dan yakinlah kepada Allah. InsyaAllah.
45. Ya Mujiib: Yang Memperkenankan.
45. Ya Mujiib: Yang Memperkenankan.
Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa
kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir
ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan
doa kita.
46. Ya Waasi: Maha Luas Kepunyaan-Nya.
Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 kali setiap
pagi dan petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat
pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan
akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47. Ya Hakiim: Yang Maha Bijaksana
Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap
hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas dan lancar dalam
menghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300 kali setiap hari.
48. Ya Waduud: Maha Mencintai Orang-orang yang Beriman
Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 kali pada setiap malam. InsyaAllah kita
akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi dan
rumahtangga kita akan sentiasa harmoni.
49. Ya Majiid: Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.
Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa
menyayangi dan menghormati, khasnya kita sebagai ketua keluarga,
maka amalkan zikir ini sebanyak 99 kali, sesudah itu hembuskan kedua belah
tapak tangan dan usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota
keluarga akan menyayangi dan menghormati kita sebagai ketua
keluarga.
50. Ya Baa’its: Maha Membangkitkan Makhluk-Nya di Hari Kemudian.
Zikirkan sebanyak 100 kali dengan meletakkan kedua tangan ke dada,
InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu dan hikmah.
51. Ya Syahiid: Maha Menyaksikan.
Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 kali secara berterusan setiap malam
sehingga si pembangkang akan sedar dan berubah perangainya.
52. Ya Haq: Maha Besar.
Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk
menebalkan iman dan taat dalam menjalankan perintah Allah.
53. Ya Wakiil: Maha Melaksanakan Urusan Makhluk-Nya.
Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi
gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana
tersebut akan menjadi reda dan kembali seperti sediakala. Juga
apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih,
Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.
54. Ya Qawiy: Yang Maha Kuat.
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila
berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. Ya Matiin: Maha Sempurna Kekuatan-Nya.
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat
yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh
merasa gentar untuk mengganggu.
56. Ya Waliy: Maha Melindungi
Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57. Ya Hamiid: Yang Terpuji.
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58. Ya Muhshiy: Yang Memperhitungkan Setiap Amal Makhluk-Nya, dan Membalasnya.
Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang
selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak
mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. Ya Mubdiu: Yang Menzahirkan Makhluk-Nya.
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 kali setiap hari. InsyaAllah.
60. Ya Mu’id: Yang Mengembalikan.
Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya,
amalkan zikir ini sebanyak 124 kali setiap hari sesudah solat. InsyaAllah
dipertunjukkan akan hasilnya.
61. Ya Muhyiy: Yang Menghidupkan.
Amalkan zikir ini sebanyak 58 kali setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia dan akhirat kelak.
62. Ya Mumiit: Yang Mematikan.
Barang siapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya. Juga jika dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, InsyaAllah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.
63. Ya Hayyu: Yang Hidup.
Untuk
mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan,
perbanyakkanlah zikir ini. Juga apabila dibaca sebanyak 300,000 kali,
Insyaallah akan terhindar dari penyakit.
64. Ya Qayyuum: Yang Berdiri Sendiri.
Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum)
setiap hari pada waktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan
dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan
dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.
65. Ya Waajid: Zat yang Menemukan Apa yang Dia kehendaki.
Perbanyakkan zikir ini untuk memperoleh keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh dan teguh pendirian.
66. Ya Maajid: Maha Agung dan Mulia.
Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima
pelajaran, maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini
setiap hari.
67. Ya Waahid: Mendapat Apa yang Dikehendaki-Nya.
Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata dan tersangat ingin
untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 kali setiap kali
selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan dan selama itu juga
hendaklah berpuasa sunat Isnin dan Khamis, Insya Allah.
68. Ya Somad: Tempat Bergantung bagi Semua Makhluk-Nya.
Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah
kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan
berasa segar sentiasa.
69. Ya Qaadir: Maha Kuasa atas Segala Sesuatu.
Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan
zikir ini sebanyak 305 kali setiap hari, Insya Allah segala hajat akan
berhasil.
70. Ya Muqtadir: Yang Sangat
Kuasa.
Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara
lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga
ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan
keberhasilan hajat kita.
71. Ya Muqaddim: Zat yang Mendahulukan.
Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barang siapa yang
berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 kali setiap hari, InsyaAllah,
nescaya segala usahanya akan berhasil”.
72. Ya Muahkhir: Zat yang mengakhirkan.
Barang siapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih,
InsyaAllah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.
73. Ya Awwal: Yang Terdahulu Dengan Tiada Permulaan.
Barang
siapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 kali setiap hari,
InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. Ya Aakhir: Yang Kemudian dan Tiada Berkesudahan.
Amalkan
berzikir sebanyak 200 kali sesudah solat 5 waktu selama satu bulan,
InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal. Juga apabila
dibaca setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali,
Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan di akhir umurnya.
75. Ya Dhaahir: Maha Nyata.
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 kali selesai solat waktu di tempat yang
sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala
rahsia yang pelik dan sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. Ya Baathinu: Zat yang Maha Ghaib.
Seperti no. 75 juga, tetapi amalkan sebanyak 30 kali sesudah solat fardhu.
77. Ya Waaliy: Maha Menguasai dan Mengurus Semua Urusan Makhluk-Nya.
Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi dan petang boleh menyebabkan
seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh
Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.
78. Ya Muta’aAliy: Yang Maha Tinggi.
Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau
mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak
mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa
dengannya dan segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. Ya Bar: Yang Maha Berbuat Baik.
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. Ya Tawwaab: Maha Menerima Taubat.
Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah
memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk
kembali ke jalan yang lurus.
81. Ya Muntaqim: Zat yang Berhak Membalas Setiap Perbuatan Dosa dengan Azab-Nya.
Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan
kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir
ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat
pertolongan Allah.
82. Ya ‘Afuww: Yang Memberi Maaf.
Barang siapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. Ya Rauuf: Maha Mengasihi
Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.
84. Ya Maalikul Mulki: Zat yang Mempunyai Kekuasaan.
Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal dan
tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini
sebanyak 212 kali sesudah solat fardhu dan 212 kali pada setiap malam selama
sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85. Ya Zul Jalaali wal Ikraam: Zat yang Mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.
Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 kali setiap hari selama sebulan,
InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. Ya Muqsith: Yang sangat Adil.
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan
menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. Ya Jaami: Yang Mengumpulkan.
Sekiranya ada dalam kalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari
rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari
dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah
orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. Ya Ghaniy: Yang Maha Kaya.
Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang
lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari penyakitnya. Juga, amalkanlah zikir ini setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa
yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi
itu akan mendapat berkat.
89. Ya Mughniy: Zat yang Memberi Kekayaan.
Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan menjadi
kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.
90. Ya Maani’: Yang Menolak Bahaya dan lain-lain.
Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 kali pada waktu
menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari
orang-orang yang zalim dan suka membuat angkara.
91. Ya Dhaarr: Yang Menyampaikan Mudharat.
Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu
penyakit yang mana sudah lama dihidapi dan telah puas dihidapi dan
telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 kali pada setiap
hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.
92. Ya Naafi’: Yang Memberi Manfaat.
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barang siapa mengamalkan zikir ini setiap
hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, dan bagi orang
yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. Ya Nuur: Yang Menerangi.
Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barang siapa yang menghendaki
kemuliaan yang agung dan memperoleh apa yang dimaksudkan baik
kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu
berzikir dengan zikir ini setiap pagi dan petang.
94. Ya Haadiy: Maha Pemberi Petunjuk
Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. Ya Baadii: Yang Menciptakan yang Belum Wujud Sebelumnya.
Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting dan bagi memastikan
rancangan kita itu berjaya dan berjalan lancar, maka berzikirlah
dengan zikir ini sebanyak 500 kali selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan
akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya dan berjalan
lancar.
96. Ya Baaqy: Maha Kekal.
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu,
InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca
rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau
bankrap dengan berkat zikir ini.
97. Ya Waarits: Yang Kembali Kepada-Nya Sekali Makhluk.
Amalkan zikir ini sebanyak 707 kali setiap malam, InsyaAllah akan diberi sehingga usaha
kita akan berhasil dengan baik dan memberangsangkan.
98. Ya Rasyiid: Yang Memberi Petunjuk.
Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.
99. Ya Shabuur: Sangat Sabar.
Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka
perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar &
penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan
mencapai kejayaan.
antara sumber:http://sharezone-premium.blogspot.com/2014/09/99-nama-allah-asmaul-husna-berserta.html
http://ibuberbicara.blogspot.my/2013/03/fadhilat-dan-kelebihan-asmaul-husna.html
http://www.minyakzaitunasli.com/2015/06/hadis-tentang-minyak-zaitun-dan.html
http://makanan-assunnah.blogspot.my/2013/07/minyak-zaitun-menurut-al-quran-hadis.html
Subscribe to:
Posts (Atom)